Tuesday, 28 May 2013

Oh ! Super Saiya !

Credit
"Wuuuuuu...hebat ar Ronaldo nie. Shot dari mana hala pon boleh gol jugak !" kata Meon

"Puihh....hang tak tengok Messi lagi kaa?Lagi pawer, dya gelecek bola macam guna tangan. Aku rasa boot dia nie ada magnet. Bola melekat jaa kat kaki. Heran betui !" kata Jalen

"Hang minat player mana kat dunia nie?" soal Meon

"Messi....Messi !" jawab Jalen

"Er...Akmal Rizal ! Kita kan duk kat Kedah !" jawab Salim dengan muka selamba poyo

Meon dan Jalen lari meninggalkan Salim seorang diri di Warung Pak Munawer.

Sementara itu....

Credit
"Aku nanti kalau dah ada banyak duit, nak pergi Korea. Besh wooooo. Bley main salji, tengok muka-muka comel macam anak patung, pergi tempat-tempat sempoii. Tak sabar nya aku. Hihihi." kata Endut

"Alahh...Kalau tak pergi sana pon takpa. Janji buleh layan K-Pop dah laa kat sini. Kalau laaa government sekat K-Pop, memang aku laa yang jadi leader demonstrasi jalanan. Aku seru geng-geng K-Pop,bantah habis-habisan. Ini kalilah K-Pop !" kata Senah


"Aretiss-aretiss Korea nie comey-comey doe. Putih melepak. Aku pakai bedak sejuk tiap-tiap malam, tak putih-putih jugak. Teringin gak nak jadik macam diorang suma. Hurmm...." kata Endut

"Tak sangka ada lagi orang guna bedak sejuk. Hahaha." sindir Senah

Situasi yang selalu berlaku dalam pergaulan seharian anak muda. Memang tidak salah untuk berbicara dan mengeluarkan pendapat tentang hal demikian....Tapi ada perkara yang lebih penting daripada itu semua...

Jeng...Jeng...Jeng.

O manusia,

 Goku buleh jadik Super Saiya dalam usia yang boleh dikatakan agak tua. *walaupun hensem
Kali pertama dapat kuasa tu apabila berhadapan dengan Frieza. Tuu pun sebab kawan baiknya mati di hadapan mata Goku. Time tuu laaa dalam diri Goku timbulnya kesedaran tentang betapa pentingnya dia perlu kalahkan Frieza demi menyelamatkan dunia. Akhirnya...Super Saiya menjadi kenyataan ! 


Credit
Bergaya bukan?

*wink....wink

    Sama laa jugak dengan kita ! Peluang di mana kita boleh dapat kuasa nie adalah pada usia muda. So, beruntungnya wahai anak muda ! Anda boleh dapat kuasa Super Saiya kalau anda tahu bagaimana nak dapatkannya.

* rambut kita tetap sama....tak payah nak jadik kuning emas sangatt laaa !

"Dia ni tulis benda apa? Super Saiya bagai."

T_T

   Okay !

     Super Saiya ni diibaratkan sebagai satu kesedaran yang timbul dalam diri seseorang dan dengan kesedaran itu seseorang itu dapat memiliki perisai yang boleh melindungi dirinya daripada godaan dunia. Faham?

*Krik...Krik...Krik

Ketahui laaa.... kuasa nie bukan senang macam main game Angry Bird nak dapat !    Herh.

O Anak Muda !

Jangan dikau fikir dikau mampu memiliki iman yang gagah pada masa hadapan,
Jikalau waktu mudamu dihabiskan dengan perkara-perkara yang lagha !
Mungkin dikau fikir dikau masih muda untuk menjadi Super Saiya,
Dan menunggu usia yang lanjut baru mahu berusaha menjadi Super Saiya.
Ketahuilah, dikau rugi...rugi...rugi... !
Mati tidak kenal usia wahai anak muda.
Berusahalah sekarang sebelum datang masa dikau pergi buat selama-lamanya !


Sedar tak sedar...

Umur dikau semakin bertambah,
Masamu semakin pendek untuk berusaha menjadi Super Saiya !
Amanahmu semakin menggunung,
Tanggungjawabmu semakin berat.
Jikalau dikau sudah berkeluarga,
mendidik isteri/anak itu wajib bagi dikau.
Bagaimana dikau mahu mendidik dengan baik?
Sedangkan waktu mudamu, dikau dididik dengan ajaran lagha !
Dikau endah tak endah dengan ajaran agamamu !
Bagaimana oh bagaimana?



Ya ! Betul ! kalau waktu muda nie kita dihiasi dengan benda-benda yang tidak membawa apa-apa manfaat. Bagaimanakah title Super Saiya mampu kita kecapi?
Waktu muda, waktu kita membina diri bukan menperhambakan diri dengan kehendak syaitan dan nafsu jahat.
Jangan sangka Super Saiya boleh dikecapi dengan tiap-tiap malam lepak warung, shisha sikit, rokok sikit, usung anak dara orang, game Dota sampai pagi.

"Ish...Kau nie semua tak buleh. Apa yang buleh hah?"

Opppsss..... T_T

Mudah jaa ! Kalau nak buat something, tanya diri dulu. Apa manfaat yang aku dapat?
Jikalau diri tak tahu apa manfaat dya... Cepat-cepat tinggalkan !


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a.

Rasulullah SAW bersabda : 

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang 
jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang 
kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka 
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang 
terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang 
pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh 
masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan 
Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada 
seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka 
rosaklah seluruh jasadKetahuilah ia adalah hati

( Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim )

*pengsan

Ingat anak muda ! Kita nie spesel, tenaga kita, semangat kita,keyakinan kita. Semuanya spesel !
Jadik gunakan laaa ke jalan yang diredhai Allah swt.
Bina diri dengan asas Islam yang kukuh, bro !

Sebab generasi-generasi yang akan datang memerlukan kita.
Kalau laa kita bangang dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup, macam mana laa dengan generasi-generasi yang akan datang !

O anak muda !


“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini."
-Saidina Ali-


Siapakah yang mahu menjadi seperti Mus'ab bin Umair, Usamah bin Zaid, Sultan Muhammad Al-Fateh dan lain-lain lagi?
Diorang suma nie anak muda, bro !
Mari laaa sama-sama bangkit supaya kita tidak menyesal !

"Tuu zaman dulu la weyh. Sekarang ni mana ada dah perang-perang macam tu."

Sebab takdak perang laa kita kena prepare awal-awal. Takut-takut nanti virus wahan (cinta dunia, takut mati) jadi tahap kritikal.
Perang fizikal memang laa takdak tapi Ghazwul fikri (serangan pemikiran) sentiasa berlaku!

*pejam celik...pejam celik

Selagi kita ada masa selagi itulah kita berusaha memantapkan diri.
Di samping itu, kita kena laa jugak ajak orang lain buat kebaikan juga.
*takkan nak masuk syurga sorang-sorang kott

Binalah dirimu dengan kebenaran sebelum kebatilan membinamu !



                                                                 
                                                                  .Irhamna Ya Allah.

-tetAngo-

No comments:

Post a Comment