Saturday, 25 May 2013

Bro, best tak hidup dalam penjara?

Wahai bro-bro sekalian,

     Pernah tengok cerita Prison Break? Drama orang puteh yang cerita tentang dua hadek-beradek yang mana salah sorang telah dimasukkan dalam penjara atas sebab melakukan jenayah.
*mmg laa sbb buat jenayah takkan lerr masuk penjara sebab tolong mak cik buta lintas jalan.
Si abang pun berusaha untuk menyelamatkan adik dia daripada terus berada dalam penjara.
Macam-macam cara si abang nie buat demi adiknya. Dia tahu kehidupan dalam penjara itu memang mengerikan.     *ouhh..so sweett

   
Credit
     Semua orang pun kalau tanya nak masuk penjara ke tak, mesti kebanyakan akan bagitaw tak mau. Kalau tak caya try lerr buat survey sndiri pastu tulis dalam diari. Hatta, kucing pun tak suka dirinya yang comel itu duduk dalam penjara dan merayu-rayu manja meminta dirinya dikeluarkan supaya bley berlari-lari anak dan bergolek-golek manja di luar rumah.

Herhh.

Ya....hakikatnya kita semua tak suka duk dalam penjara !
Ada sapa-sapa yang suka tinggal dalam penjara?anyone?


*krik...krik...krik

O manusia hensem lagi lawa !


Jom kita tengok cerita dua insan yang perwatakannya berlainan tetapi berada di tempat yang sama....jom...jom...jom

*jangan tengok...takdak gambaq....baca !

Insan A.

Dia telah dijatuhkan hukuman penjara disebabkan kesalahan yang ehem-ehem. Dia pun menjalani rutin kehidupan di tempat tersebut sekian lamanya. Sudah berapa lama tinggal dia menjadi bosan dan meluat dengan kehidupan di dalam penjara itu kerana tidak dapat merasai kelazatan hidup di luar penjara. Semakin hari semakin benci dia terhadap penjara kerana di dalamnya seolah-olah kosong. Tiada life.Bosan.Kotor. Dia jeles dengan kehidupan manusia  lain di luar sana yang memperoleh macam-macam benda jika hendak dibandingkan dengan dia. Dia menjadi semakin ...makin...makin...BENCI dengan penjara.


Insan B.

Dia telah dijatuhkan hukuman penjara disebabkan kesalahan yang ehem-ehem. Dia pun menjalani rutin kehidupan di tempat tersebut sekian lamanya. Sudah berapa lama tinggal dia menjadi seronok dan leka dengan kehidupan di dalam penjara itu kerana tidak dapat merasai kelazatan hidup di luar penjara. Semakin hari semakin cinta dan suka dia terhadap penjara kerana di dalamnya seolah-olah segala-galanya bagi dia. Dia tidak jeles dengan kehidupan manusia  lain di luar sana yang memperoleh macam-macam benda jika hendak dibandingkan dengan dia. Dia menjadi semakin ...makin...makin...SUKA dengan penjara.


Hurmm.....


Tempat hukuman SAMA tetapi fikiran berbeza.
Agak-agak laa kann....Insan mana yang lagi normal? A atau B?

Sudah tentu laaa Insan A !

Try pikir balik...agak-agak ada kaa orang suka duduk dalam penjara?
Takdeee kannn....kann....kannn


"Bro, lu cerita apa nie? Gua tak faham laaa." sambil mengerutkan dahi,

"Apa kena mengena kita dengan orang hat masuk penjara?" nada manja.


*Tarik nafassss......

Okay2....macam ini...

Nabi Adam as dikenakan hukuman keluar dari syurga. Agak-agak, Nabi Adam as pergi mana erk lepas diperintahkan keluar dari Syurga?

Dunia kan.

Tempat kita tinggal, main Fifa 13, main Dota, main anak patung Barbio, belai-belai kucing dan macam-macam lagi.

Hakikatnya, dunia ini tempat hukuman untuk Nabi Adam as dan persoalannya ialah kenapa kita sibuk-sibuk mengejar kemewahan dunia sedangkan DUNIA ini tidak lain tidak bukan HANYALAH tempat hukuman !

Tidak pantas kita melebih-lebihkan kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat, bro !

Hayati laaa hadis Rasulullah saw.....

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda :

"Dunia merupakan penjara bagi orang Mukmin & Syurga bagi orang Kafir."

(Hadis Riwayat Muslim)


Kalau kita fikir dunia ini seolah-olah bukan penjara, fikirlah balik sama ada betul ataupun tidak fikiran kita itu.

Berpada-padalah dengan urusan dunia dan berlebih-lebihan lah dengan urusan akhirat.

Ubahlah kefahaman kita dengan perkara-perkara yang Haq !
Supaya kefahaman itu dapat mengenal apa itu kebatilan !

So..amacam,bro? Best tak hidup dalam penjara (dunia)?

*pengsan



                                                             .Irhamna Ya Allah.


7 comments:

  1. fakta salah kt ats skali.. adik dia yg nk selamatkn abg dia dri penjara, bukan yg sebaliknya. xdk kaitan pon dgn isi entri ni :P. neway, analogi yg bagus (Y). keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh...okay2
      kesilapan sikit di situ...haha
      apa2 pun thanks tau tegur.
      Thanks.... ;)

      Delete
  2. Replies
    1. *krik..krik...krik

      apa2 pun thankssss... :)

      Delete
  3. masya Allah, nice
    moga istiqamah menulis demi redha-Nya
    jemput singgah n follow my blog :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah....
      thanks...
      okay Encik Musab ! :)

      Delete
  4. Wah analogi syang sangat menarik ! dan senang faham syabas!

    ReplyDelete