Thursday, 30 May 2013

Muzik Oh Lagu !

Muzik Oh Muzik !
Lagu Oh Lagu !
Setiap lagu ada mesej yang tersembunyi...
Setiap mesej itu bergantung kepada seseorang itu
Kalau dya pikiaq positif... positif   laa mesej tuu

Kalau dya pikiaq negatif... negatif  "      "      "
Kali nie kita try tengok lagu Alleycats
Terimaaa Kasehhhhh !!!

Ini Kalilah.   *eh

^_^


Layang-Layang Terputus Talinya

Berarak mendung kelabu 
Mengekori langkahku 
Sepanjang kehidupan penuh dugaan 
Namun aku tetap aku 
Ku cuba dan terus mencuba 
Mencapai suria 
Walau membakar jiwa walau aku dihina 
Namun aku tetap aku 
Derita oh derita engkau dimana-mana 
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri 
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah bagaikan layang-layang terputus talinya 
Tapi pasti di suatu hari nanti 
sinar suria kan menjelma 

Lagu !

Bersama-sama tetAngo dengan Chef Misai.
Untuk kupas+potong+blender+tumis+goreng+gentel+cincang+salut dgn tepung lagu nie !


Credit
Chef Misai


Berarak mendung kelabu 
Mengekori langkahku 

- Menggambarkan awan yang berarak mengekori langkah penulis.
- Mendung bermaksud hati penulis diselebungi perasaan sedih disebabkan sesuatu
- Perasaan sedihnya itu mengekori penulis sepanjang masa.

Sepanjang kehidupan penuh dugaan 
Namun aku tetap aku 

- Penulis memberitahu kenapa dia bersedih iaitu disebabkan kehidupan yang dia lalui sekarang penuh dugaan
- Penulis menegaskan yang dirinya tetap dirinya walau apa pun dugaan yang perlu ditempuhinya
- Ini menunjukkan penulis mempunyai satu MISI untuk dilaksanakan dalam hidupnya 

Ku cuba dan terus mencuba 
Mencapai suria

- Penulis berusaha dan berusaha untuk melaksanakan misinya !
- Suria diibaratkan sebagai cahaya di mana cahaya itu merupakan jalan untuk mengajak orang ke arah kebaikan.
- Ini menunjukkan penulis berusaha dan berusaha untuk mengajak orang membuat kebaikan ! Itulah misinya !


Walau membakar jiwa walau aku dihina 
Namun aku tetap aku

- Jiwa penulis dihiris-hiris bagaikan sembilu dan dia dihina dan terus dihina dalam melaksanakan misinya oleh masyarakat sekeliling.
- Tetapi dengan asas yang kuat dan kukuh dalam diri yang telah dipupuk sejak dulu membuatkan penulis tetap dengan pendiriannya untuk teruskan misi ini !

Derita oh derita engkau dimana-mana 
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri

- Derita digambarkan sebagai keadaan masyarakat menurut penulis.
- Menunjukkan masyarakat yang terpesong daripada jalan kebaikan.
- Masyarakat akan terus terpesong jika penulis lari daripada misinya ataupun penulis hanya melihat sahaja!

Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah bagaikan layang-layang terputus talinya  

- Hasrat penulis untuk melaksanakan misi lebih mudah di alam mimpi berbanding alam realiti yang penuh dugaan.
- Penulis berfikir jika dia terus bermimpi dan bermimpi untuk melaksanakan misi, dia seolah-olah seperti layang-layang yang terputus talinya.
- Ini jelas menunjukkan hidupnya tidak akan putus daripada tali Allah swt jika dia terus melaksanakan misinya tanpa perlu bermimpi-mimpi (berangan-angan) terlebih dahulu.
- Kerana sikap sebegini melambatkan usaha penulis untuk melaksanakan misinya !

Tapi pasti di suatu hari nanti 
sinar suria kan menjelma 

- Jauh dalam sudut hati sanubari penulis, dia yakin keadaan masyarakat akan berubah ke arah kebaikan jugak pada satu hari nanti meskipun penulis sudah tidak berupaya membuka mata lagi.

Teng...Teng...Ting

Rugi kalau kita dengaq lagu kita mengenepikan mesej disebalik lagu-lagu yang kita duk dengaq...
Alahh...kalau payah pun pandai-pandai laaa try bagi jadik mesej yang positif pada diri.
Apa hampa pikiaq itulah yang hampa dapat !


* garu-garu hidung



.Irhamna Ya Allah.

1 comment:

  1. Salam akhi!

    Ana baru gak join dunia blog nih! Harap nta boleh tgk ah blog ana!

    http://pimpinakukesyurga.blogspot.com

    Jzzk :D

    ReplyDelete