*Blackout
1 undi untuk parti ehem2, 1 undi lagi untuk parti ehem2, dan seterusnya. Sedang asyik mengira tiba-tiba dunia menjadi gelap dan muncul lahh insan2 yang menggunakan torchlight,lilin dan torchlight henset Nokia untuk teruskan tanggungjawab. Apabila sudah tidak gelap lagi dunia di persekitaran maka tahulah kita semua keputusannya. Dan ditakdirkan parti ehem2 menang. HOORAYYY !!
Habis musnah matlamat parti yang kalah bertanding untuk menunaikan janji-janji manisnya seperti lolipop. *Bukan lolipop Big Top. Tapi itu semua mana mungkin boleh mematahkan semangat parti yang kalah tu nak terus berjuang. Perjuangan masih panjang lorhhh. Ayat klise. *pejam mata
Besa laaaa, semua pertandingan ada kalah dan menang. Takkan dua2 pihak nak menang. *Klise lagi.
Bagi yang menang tahniah laaa sebab matlamat anda tercapai ! Bagi yang kalah tahniah jugak sebab berani mencuba !
Tapi,
bagaimana pulak dengan matlamat kita aka INSAN senang cerita manusia laaa?
"Apaa matlamat? Aku rasa matlamat aku nak belajaq tinggi2 sampai nanti nak naik pun guna lif ada aircond. Sempoi dak matlamat aku?" Gelak bangga.
"Ouh...saya cuma nak jadik orang berguna jaaa bila besaq nanti. Itu laaa pesan mak, pak, pak cik, mak cik, tok cik, nek cik dan cik cik cik saya." Nada sopan malu. *ada kaa nada nie?
"Saya nak keja doktot, engineot, arkitot, akauntot supaya nanti saya boleh dapat macam-macam...hehehe." Gelak gedik sakai.
Tahniah ! Banyak justifikasi yang dapat dibuat apabila ditanya.
Tapi, cuba tengok luar tingkap, dongak sikit tengok langit.
Tanya diri sendiri betul kaaa kefahaman aku selama nie tentang matlamat hidup?
O manusia,
Buka minda, buka hati, buka air tin dan minum.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...."
Surah Al-Baqarah 2:30
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKU."
Surah Adz- Dzariyat 51:56
Simple. Matlamat Hidup !
2 sahaja iaitu BERIBADAH & KHALIFAH.
Kebanyakan kita paham ibadah nie suma dekat2 masjid tapi hakikatnya ibadah kita ini sangat luas dan luas lagi daripada Legoland. Herh.
Kita tidur,makan,mandi,pergi belajar,main batu seremban,aci ligan,tuju kasut,tuju lemak dan macam2 lagi SEMUAnya IBADAH weyhhh.....Sekiranya kita niat kerana Allah swt. *urut2 dada
Bab khalifah2 nie orang macam endah tak mak cik endah jaaa dalam kehidupan.
Jadi khalifah sebab nak makmurkan bumi dengan segala syariat yang Allah swt telah tetapkan sejak dahulu lagi.
Tengok laaa sendiri apa jadik dengan dunia sekarang...menuju kehancuran disebabkan syariat Allah swt dimakcikendahkan oleh kita semua.
"Alaaa...rileks laaa bro. Tuu suma keja kerajaan. Hang jangan dok buat kalut." *sengih
Hahhh....kalau macam tu laaa syariat Allah swt memang tak dapat ditegakkan kalau ada manusia cam hang ! *ouchhh...semut gigit
Apa yang perlu kita buat simple tapi memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi !
Jeng...jeng...jeng....Kita kena pimpin diri kita dulu atau dalam erti kata lain kita kena jadik khalifah untuk diri sendiri.
Hapuskan nafsu. *eh...
Hapuskan nafsu yang membawa kepada keburukan.
*Kalau hapuskan nafsu nanti kita dah mcm malaikat lerr
Bina diri kita dengan kefahaman2 islam yang tulen...
Supaya dengan kefahaman2 kita itulah kita boleh mengajak orang lain untuk bersama-sama menegakkan kembali syariat Allah swt.
*whaoo....berpandangan jauh !
Hidup ini kena berusaha, tak dapat berusaha dengan manusia pun takpa yang penting kita berusaha untuk menegakkan agama Allah swt.
Ingat...Allah swt tak perlukan kita tapi kita laaa yang perlukan Dia.
.Irhamna Ya Allah.
Credit |
-tetAngo-
No comments:
Post a Comment