Dus...Dus...Dus.....Kebaboom !
"Wah, hebat nyeee Pawer Rangezz nie abg ! Adik sukee laaa !" kata seorang Hadek yang hingusnya masih belum kering sepenuhnya.
"Alaaa....tu suma berlakon jaaa." nada macho daripada sorang abang.
"Biar ler....adik rasa cam nak jadik macam diorang laaaa, boleh selamat2 kan orang. Mesti best kan...kan...kan?" kata Hadek dengan riak wajah yang kegirangan sehingga menampakkan gigi yang memerlukan khidmat pakar. *gigi lubang
Si abang terdiam sebentar.
"Ouh...dek nak jadik Hero erk? Kenape nak jadik Hero? Banyak watak laen lagi dek boleh jadi. Watak budak-budak naek beskal roda tiga sambil makan lolipop pun boley." tanya Abang.
"Tak maw laaa camtu. Tak best. Nak tolong-tolong orang. Baru laaa orang sanjung Hadek sepanjang masa." jawab Hadek
"Hurm....Hadek sedar tak?" tanya Abang.
"Sedar apa nyeee?" jawab dan tanya Hadek
"Hadek nak jadik Hero supaya orang sanjung. Tapi dek pernah terpikir tak sejauh mana dan sampai bilakah orang-orang nak sanjung dek. Selama-lamanya?" kata-kata pedas Abang
Krik...Krik...Krik
"Er...er...er. Tapi....tapi..." tergagap Hadek dan Abang memotong percakapan Hadek
"Ya. Kalau jadik Hero memang orang sanjung,puji, baling-baling bunga kaktus kat Hadek. Tapi Hadek disanjung sebab dek dah selamatkan orang-orang di situ daripada bahaya. Apabila bahaya tuu dah hilang selama-lamanya disebabkan dek, agak-agak orang nak sanjung Hadek lagi tak setelah sekian lama bahaya tuu hilang? Mungkin orang dah lupa peristiwa tu dan yang lebih teruk lagi Hadek pon akan dilupakan juga ! Mungkin."
Hadek terdiam dan mendengar dengan teliti sambil mengorek gigi.
"Hero nie sementara sahaja.Tup...tup...tup....hilang laaa Hero ganti dengan yang laen." kata Abang
"Kalau ada sementara mesti ade yang kekal. Apee yang kekal tuu, Abang?" tanya Hadek dengan serius-serius ayam
Si Abang terdiam sebentar sambil menggaru-garu janggut.
"Legend !" sambil mengangkat jari telunjuk ke atas *takdak kaitan dengan parti Biru
"Naper dengan motosikal ayah?" tanya Hadek
"Bukan moto lerr...Nie pasal Legend. Legend nie spesel sebab segala tindak-tanduk dya dalam hidup nie mempengaruhi orang lain." jelas Abang
"Arghhh....tak paham...nak contoh." rungut Hadek
"Hadek kenal Muhammad Bin Abdullah?" tanya Abang
"Kenal...Kenal...Kenal." jawab Hadek selamba
"Rasulullah s.a.w kan." kata Abang dengan lemah-lembut
"Baginda Legend erk?" tanya Hadek
"Ya. Baginda boley mempengaruhi setiap perbuatan yang dilakukan oleh semua orang di dunia ini termasuk kita. Itulah Sunnah Baginda."
Hadek pejam celik....pejam celik
"Tindakan yang Baginda buat kekal sampai ke hari nie. Itulah Legend ! Rasulullah saw juga Hero tapi pada masa yang same juga Legend." jelas Abang
"Jadik Abang, kita nak kena jadik Legend macam Rasulullah saw jugakk kerr? tanya Hadek dengan penuh harapan
"Hurmm...sepatutnye maam tuu laaa.Tapi mustahil laa kita nak jadik Legend macam Baginda. Ingat dek, sebaik mana pon kita kontrol kemachoan kita memang takkan boley lawan kemachoan Baginda. Apa yang boley kita buat ialah jadik Hero dulu pastu kuatkan semangat untuk berusaha jadik Legend. Kita tak nak kita nie jadik Hero sajee." jelas Abang
"Ouh, dek rasa macam nak jadik Legend lerr. Tapi dek tak paham lagi lerr sebab jadik Legend?"tanya Hadek
"Dek, bila masa dek jadik Legend. Mudah untuk dek mengajak orang ke arah kebaikan samee laa jugak macamana Goku dapat kalahkan Frieza dengan kuasa Super Saiya. Kalau laaa Goku guna rambut hitam jerr, sah-sah kena buli dengan Frieza.
"Bang, tahap Legend kita nak sampai mane?" tanya Hadek
"Sekurang-kurangnya kita jadik lerr Legend kepada hadek-beradek, kawan-kawan sepermainan dan saudara mara terdekat. Tuu pun dah cukup. Tak perlu lerr sampai nak jadik aretisss bagai." jelas Abang
"Ouh...Ouh...eh, katun spongebob dah start laa !" kata Hadek
Si Abang terdiam sambil mata pejam celik...pejam celik.
.....TAMAT.....
Yaa betul laaa apa yang si Abang kata. Hidup kena jadi Hero tapi pada waktu yang sama berusaha laa jugak untuk menjadi Legend.
Hampa suma kan nak jadik doktot,engineot,akauntot,sainstot dan macam-macam lagi. Jadik laa Hero dalam bidang hampa suma dan berusaha jadik Legend.
Kita sembang pong...pang...pong...pang nak ajak orang ke arah kebaikan tapi diri sendiri ke laut China Selatan. Terapung-apung.
Kurangkan berbicara ! Tambahkan tindakan !
* Hero atau Legend ? Pilihan di tangan anda, bro !
.Irhamna Ya Allah.
No comments:
Post a Comment