Saturday, 30 November 2013

Kau seekor singa & perlu menyinga !


Petang nan indah di kawasan kafe kampus sebuah universiti, dua orang insan teruna berbual-bual bertemankan Teh Tarik yang menjadi kebanggaan rakyat negara mereka. 

Haaaachummmm

Amier bersin.


"Ehh, kawan hang tu memang macam tu ka?" tanya Kassim

"Aik, saper yang kau maksudkan nie?Aliman?" soal Amier

"Hah laa, hang taw dak. Dia nie suka naik angin tak maw maw." rungut Kassim

"Ouhh, Aliman kerr.Memang macam tu perangai dia. Pantang kita usik,buat silap sikit mesti dia suka marah-marah." jawab Amier

"Hari tuu aku lalu depan bilik dya. Time tu aku memang tengah kalut tahap gaban sebab nak pi hantaq coursework. Laqi punya laqi anak pastu aku tersepak kasut dya. Dah laa betui2 depan dya aku sepak. Hahaha." kata Kassim dengan muka yang ceria meria.

" Hah, apa yang jadi dekat kau lepas tu? soal Amier tidak sabar-sabar kerana ingin mengetahui apakah nasib kawan sekelasnya itu.

Kassim menarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus.

"Takdak laa teruk sangat aku kena cuma dya macam bising-bising sikit laaa bila nampak apa yang aku buat walaupun aku kata aku tak sengaja sepak kasut dya. 
Aku heran kott, awat nak bising-bising macam nak gaduh jaa dengan aku?
Cuak jugak aku walaupun aku bajet macam berani." kata Kassim

Ameir kelihatan tenang apabila mendengar cerita daripada Kassim. Sudah acap kali dia dengar akan cerita-cerita sedemikian rupa yang lazimnya bersangkut-paut dengan rakan-rakannya. Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi cemas di raut wajahnya yang putih itu.

Ameir seolah-olah menyusun kata-kata di dalam otaknya.

"Kasihan juga yaa aku dengar cerita kau. Tapi takpalah, yang penting kau dan Aliman tak tumbuk terajang. Kau nak tahu tak, sikap naik angin , panas-panas baran nie sebenarnya tak semua orang ada." kata Ameir

"Maksud hang apa?" tanya Kassim dengan perasaan ingin tahu.

"Panas baran naik angin ni semua kelebihan yang Allah swt bagi kat sapa-sapa yang Allah swt nak bagi. Kan setiap seorang daripada kita semua ada kelebihan masing-masing? 
Kalau macam tu tak boleh nak dipertikaikan lagi laaa yang sikap panas baran nie satu kelebihan." jawab Ameir sambil merenung tepat ke arah dua biji mata hitam Kassim. 

"Hurmm...Aku tak kata salah apa yang hang cakap nie tapi aku rasa macam mana pulak sikap panas baran nie boleh jadik satu kelebihan untuk seseorang tu?Kan syaitan iblis segala bagai tuu Allah swt cipta daripada api. Sapa-sapa yang panas-panas baran nie mesti geng syaitan !" tegas Kassim

Ameir menghirup sedikit teh tarik dengan coolnya.

Seusai itu membuka bicara kembali.

"Kita mesti pernah dengar pasal seorang wira zaman dulu-dulu sahabat junjungan besar kita, Rasulullah saw. Umar al-Khattab kan ! Kita pun sedia maklum kan, Umar nie sebelum masuk islam dia samseng besar,lepas masuk islam pun dia still samseng tapi samseng dia bertempat .
Dia memang panas baran tapi dia guna panas baran tuu dekat tempat dan waktu yang tepat ! Itulah kelebihan Umar al-Khattab."

"Ouh...kiranya dya pandai laa guna power dya. Kalau macam tuu, kita pun kena pandai laa guna power yang kita ada demi hidup kita dan agama kita. Kan?" soal Kassim bersungguh-sungguh. 

"Pandai guna power tapi pendirian tak kukuh tak guna jugak Kassim," Ameir cuba menimbulkan perasaan ingin tahu dalam diri kawannya itu.

"Awat plak?" tanya Kassim berkerut dahi.

Ameir terdiam seketika.

Dan terus berkata,

"Tetapkanlah pendirian kamu wahai orang muda. Sesungguhnya singa padang pasir tidak takut kepada banyaknya serigala. Hah...nie laa kata-kata daripada  al-As bin Wa'il ayah Amru al-As kat Umar time dia bergaduh dengan geng-geng Quraisy awal-awal masuk islam dulu."

Ameir sambung lagi,

"Tak guna Kassim kalau kau power segala bagai dalam dunia ni tapi pendirian kau lembik. Tetap dan tetap tak berguna Kassim." 

Kassim menelan air liur.

Gulp.

                                                                     *************


Yeah....

Pendirian yang lembik seolah-olah kapas yang dibiarkan terbang di udara dan hanya menunggu masa jatuh ke tanah. Kita memandang enteng dengan pendirian kita dan beranggapan itu hanya pendirian sahaja tak memberi apa-apa pun impak dalam kehidupan seharian kita.

Benarkah begitu?

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdo`a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".


(Surah Al-Baqarah ayat 250)

Kisah Talut dan tenteranya.
Zaman selepas Firaun ditenggelamkan dan waktu Nabi Daud a.s masih kecil.

Orang dahulu pun meminta kepada Allah swt untuk meneguhkan pendirian mereka di dalam kehidupan dunia ini.

Tapi kenapa kita sekarang nak memohon pun tidak mahu dan yang lebih menyedihkan tiada langsung pendirian dalam diri !

Ingatlah !
Bila mana engkau menyebut (laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah) 


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata,

"Hakekat laa ilaaha illallah adalah tidak ada kesenangan dan kenikmatan yang sempurna bagi hati kecuali dalam kecintaan kepada Allah dan bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada-Nya dengan mengerjakan apa-apa yang dicintai-Nya. Kecintaan tak akan terjadi kecuali dengan berpaling dari kecintaan selain-Nya dan Muhammad Rasulullah adalah secara murni mengerjakan apa yang baginda perintahkan dan menahan dari apa yang dilarang baginda."

O saudara/saudari sekalian,

Inilah pendirian kita sebenarnya !
Wajib kita mempertahankannya meskipun nyawa menjadi taruhan !

Kita sebenarnya seekor singa dan kita perlukan pendirian yang teguh untuk menyinga ( bangunkan ummah) dengan segala kebolehan yang kita ada.


Credit

.Irhamna Ya Allah.



Thursday, 30 May 2013

Muzik Oh Lagu !

Muzik Oh Muzik !
Lagu Oh Lagu !
Setiap lagu ada mesej yang tersembunyi...
Setiap mesej itu bergantung kepada seseorang itu
Kalau dya pikiaq positif... positif   laa mesej tuu

Kalau dya pikiaq negatif... negatif  "      "      "
Kali nie kita try tengok lagu Alleycats
Terimaaa Kasehhhhh !!!

Ini Kalilah.   *eh

^_^


Layang-Layang Terputus Talinya

Berarak mendung kelabu 
Mengekori langkahku 
Sepanjang kehidupan penuh dugaan 
Namun aku tetap aku 
Ku cuba dan terus mencuba 
Mencapai suria 
Walau membakar jiwa walau aku dihina 
Namun aku tetap aku 
Derita oh derita engkau dimana-mana 
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri 
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah bagaikan layang-layang terputus talinya 
Tapi pasti di suatu hari nanti 
sinar suria kan menjelma 

Lagu !

Bersama-sama tetAngo dengan Chef Misai.
Untuk kupas+potong+blender+tumis+goreng+gentel+cincang+salut dgn tepung lagu nie !


Credit
Chef Misai


Berarak mendung kelabu 
Mengekori langkahku 

- Menggambarkan awan yang berarak mengekori langkah penulis.
- Mendung bermaksud hati penulis diselebungi perasaan sedih disebabkan sesuatu
- Perasaan sedihnya itu mengekori penulis sepanjang masa.

Sepanjang kehidupan penuh dugaan 
Namun aku tetap aku 

- Penulis memberitahu kenapa dia bersedih iaitu disebabkan kehidupan yang dia lalui sekarang penuh dugaan
- Penulis menegaskan yang dirinya tetap dirinya walau apa pun dugaan yang perlu ditempuhinya
- Ini menunjukkan penulis mempunyai satu MISI untuk dilaksanakan dalam hidupnya 

Ku cuba dan terus mencuba 
Mencapai suria

- Penulis berusaha dan berusaha untuk melaksanakan misinya !
- Suria diibaratkan sebagai cahaya di mana cahaya itu merupakan jalan untuk mengajak orang ke arah kebaikan.
- Ini menunjukkan penulis berusaha dan berusaha untuk mengajak orang membuat kebaikan ! Itulah misinya !


Walau membakar jiwa walau aku dihina 
Namun aku tetap aku

- Jiwa penulis dihiris-hiris bagaikan sembilu dan dia dihina dan terus dihina dalam melaksanakan misinya oleh masyarakat sekeliling.
- Tetapi dengan asas yang kuat dan kukuh dalam diri yang telah dipupuk sejak dulu membuatkan penulis tetap dengan pendiriannya untuk teruskan misi ini !

Derita oh derita engkau dimana-mana 
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri

- Derita digambarkan sebagai keadaan masyarakat menurut penulis.
- Menunjukkan masyarakat yang terpesong daripada jalan kebaikan.
- Masyarakat akan terus terpesong jika penulis lari daripada misinya ataupun penulis hanya melihat sahaja!

Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah bagaikan layang-layang terputus talinya  

- Hasrat penulis untuk melaksanakan misi lebih mudah di alam mimpi berbanding alam realiti yang penuh dugaan.
- Penulis berfikir jika dia terus bermimpi dan bermimpi untuk melaksanakan misi, dia seolah-olah seperti layang-layang yang terputus talinya.
- Ini jelas menunjukkan hidupnya tidak akan putus daripada tali Allah swt jika dia terus melaksanakan misinya tanpa perlu bermimpi-mimpi (berangan-angan) terlebih dahulu.
- Kerana sikap sebegini melambatkan usaha penulis untuk melaksanakan misinya !

Tapi pasti di suatu hari nanti 
sinar suria kan menjelma 

- Jauh dalam sudut hati sanubari penulis, dia yakin keadaan masyarakat akan berubah ke arah kebaikan jugak pada satu hari nanti meskipun penulis sudah tidak berupaya membuka mata lagi.

Teng...Teng...Ting

Rugi kalau kita dengaq lagu kita mengenepikan mesej disebalik lagu-lagu yang kita duk dengaq...
Alahh...kalau payah pun pandai-pandai laaa try bagi jadik mesej yang positif pada diri.
Apa hampa pikiaq itulah yang hampa dapat !


* garu-garu hidung



.Irhamna Ya Allah.

Tuesday, 28 May 2013

Oh ! Super Saiya !

Credit
"Wuuuuuu...hebat ar Ronaldo nie. Shot dari mana hala pon boleh gol jugak !" kata Meon

"Puihh....hang tak tengok Messi lagi kaa?Lagi pawer, dya gelecek bola macam guna tangan. Aku rasa boot dia nie ada magnet. Bola melekat jaa kat kaki. Heran betui !" kata Jalen

"Hang minat player mana kat dunia nie?" soal Meon

"Messi....Messi !" jawab Jalen

"Er...Akmal Rizal ! Kita kan duk kat Kedah !" jawab Salim dengan muka selamba poyo

Meon dan Jalen lari meninggalkan Salim seorang diri di Warung Pak Munawer.

Sementara itu....

Credit
"Aku nanti kalau dah ada banyak duit, nak pergi Korea. Besh wooooo. Bley main salji, tengok muka-muka comel macam anak patung, pergi tempat-tempat sempoii. Tak sabar nya aku. Hihihi." kata Endut

"Alahh...Kalau tak pergi sana pon takpa. Janji buleh layan K-Pop dah laa kat sini. Kalau laaa government sekat K-Pop, memang aku laa yang jadi leader demonstrasi jalanan. Aku seru geng-geng K-Pop,bantah habis-habisan. Ini kalilah K-Pop !" kata Senah


"Aretiss-aretiss Korea nie comey-comey doe. Putih melepak. Aku pakai bedak sejuk tiap-tiap malam, tak putih-putih jugak. Teringin gak nak jadik macam diorang suma. Hurmm...." kata Endut

"Tak sangka ada lagi orang guna bedak sejuk. Hahaha." sindir Senah

Situasi yang selalu berlaku dalam pergaulan seharian anak muda. Memang tidak salah untuk berbicara dan mengeluarkan pendapat tentang hal demikian....Tapi ada perkara yang lebih penting daripada itu semua...

Jeng...Jeng...Jeng.

O manusia,

 Goku buleh jadik Super Saiya dalam usia yang boleh dikatakan agak tua. *walaupun hensem
Kali pertama dapat kuasa tu apabila berhadapan dengan Frieza. Tuu pun sebab kawan baiknya mati di hadapan mata Goku. Time tuu laaa dalam diri Goku timbulnya kesedaran tentang betapa pentingnya dia perlu kalahkan Frieza demi menyelamatkan dunia. Akhirnya...Super Saiya menjadi kenyataan ! 


Credit
Bergaya bukan?

*wink....wink

    Sama laa jugak dengan kita ! Peluang di mana kita boleh dapat kuasa nie adalah pada usia muda. So, beruntungnya wahai anak muda ! Anda boleh dapat kuasa Super Saiya kalau anda tahu bagaimana nak dapatkannya.

* rambut kita tetap sama....tak payah nak jadik kuning emas sangatt laaa !

"Dia ni tulis benda apa? Super Saiya bagai."

T_T

   Okay !

     Super Saiya ni diibaratkan sebagai satu kesedaran yang timbul dalam diri seseorang dan dengan kesedaran itu seseorang itu dapat memiliki perisai yang boleh melindungi dirinya daripada godaan dunia. Faham?

*Krik...Krik...Krik

Ketahui laaa.... kuasa nie bukan senang macam main game Angry Bird nak dapat !    Herh.

O Anak Muda !

Jangan dikau fikir dikau mampu memiliki iman yang gagah pada masa hadapan,
Jikalau waktu mudamu dihabiskan dengan perkara-perkara yang lagha !
Mungkin dikau fikir dikau masih muda untuk menjadi Super Saiya,
Dan menunggu usia yang lanjut baru mahu berusaha menjadi Super Saiya.
Ketahuilah, dikau rugi...rugi...rugi... !
Mati tidak kenal usia wahai anak muda.
Berusahalah sekarang sebelum datang masa dikau pergi buat selama-lamanya !


Sedar tak sedar...

Umur dikau semakin bertambah,
Masamu semakin pendek untuk berusaha menjadi Super Saiya !
Amanahmu semakin menggunung,
Tanggungjawabmu semakin berat.
Jikalau dikau sudah berkeluarga,
mendidik isteri/anak itu wajib bagi dikau.
Bagaimana dikau mahu mendidik dengan baik?
Sedangkan waktu mudamu, dikau dididik dengan ajaran lagha !
Dikau endah tak endah dengan ajaran agamamu !
Bagaimana oh bagaimana?



Ya ! Betul ! kalau waktu muda nie kita dihiasi dengan benda-benda yang tidak membawa apa-apa manfaat. Bagaimanakah title Super Saiya mampu kita kecapi?
Waktu muda, waktu kita membina diri bukan menperhambakan diri dengan kehendak syaitan dan nafsu jahat.
Jangan sangka Super Saiya boleh dikecapi dengan tiap-tiap malam lepak warung, shisha sikit, rokok sikit, usung anak dara orang, game Dota sampai pagi.

"Ish...Kau nie semua tak buleh. Apa yang buleh hah?"

Opppsss..... T_T

Mudah jaa ! Kalau nak buat something, tanya diri dulu. Apa manfaat yang aku dapat?
Jikalau diri tak tahu apa manfaat dya... Cepat-cepat tinggalkan !


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a.

Rasulullah SAW bersabda : 

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang 
jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang 
kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka 
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang 
terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang 
pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh 
masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan 
Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada 
seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka 
rosaklah seluruh jasadKetahuilah ia adalah hati

( Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim )

*pengsan

Ingat anak muda ! Kita nie spesel, tenaga kita, semangat kita,keyakinan kita. Semuanya spesel !
Jadik gunakan laaa ke jalan yang diredhai Allah swt.
Bina diri dengan asas Islam yang kukuh, bro !

Sebab generasi-generasi yang akan datang memerlukan kita.
Kalau laa kita bangang dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup, macam mana laa dengan generasi-generasi yang akan datang !

O anak muda !


“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini."
-Saidina Ali-


Siapakah yang mahu menjadi seperti Mus'ab bin Umair, Usamah bin Zaid, Sultan Muhammad Al-Fateh dan lain-lain lagi?
Diorang suma nie anak muda, bro !
Mari laaa sama-sama bangkit supaya kita tidak menyesal !

"Tuu zaman dulu la weyh. Sekarang ni mana ada dah perang-perang macam tu."

Sebab takdak perang laa kita kena prepare awal-awal. Takut-takut nanti virus wahan (cinta dunia, takut mati) jadi tahap kritikal.
Perang fizikal memang laa takdak tapi Ghazwul fikri (serangan pemikiran) sentiasa berlaku!

*pejam celik...pejam celik

Selagi kita ada masa selagi itulah kita berusaha memantapkan diri.
Di samping itu, kita kena laa jugak ajak orang lain buat kebaikan juga.
*takkan nak masuk syurga sorang-sorang kott

Binalah dirimu dengan kebenaran sebelum kebatilan membinamu !



                                                                 
                                                                  .Irhamna Ya Allah.

-tetAngo-

Sunday, 26 May 2013

Abang, adik nak jadik Hero boleh?

Go...Go...Power Rangers
Dus...Dus...Dus.....Kebaboom !

"Wah, hebat nyeee Pawer Rangezz nie abg ! Adik sukee laaa !" kata seorang Hadek yang hingusnya masih belum kering sepenuhnya.

"Alaaa....tu suma berlakon jaaa." nada macho daripada sorang abang.

"Biar ler....adik rasa cam nak jadik macam diorang laaaa, boleh selamat2 kan orang. Mesti best kan...kan...kan?" kata Hadek dengan riak wajah yang kegirangan sehingga menampakkan gigi yang memerlukan khidmat pakar.   *gigi lubang

Si abang terdiam sebentar.

"Ouh...dek nak jadik Hero erk? Kenape nak jadik Hero? Banyak watak laen lagi dek boleh jadi. Watak budak-budak naek beskal roda tiga sambil makan lolipop pun boley."  tanya Abang.

"Tak maw laaa camtu. Tak best. Nak tolong-tolong orang. Baru laaa orang sanjung Hadek sepanjang masa." jawab Hadek

"Hurm....Hadek sedar tak?" tanya Abang.

"Sedar apa nyeee?" jawab dan tanya Hadek

"Hadek nak jadik Hero supaya orang sanjung. Tapi dek pernah terpikir tak sejauh mana dan sampai bilakah orang-orang nak sanjung dek. Selama-lamanya?" kata-kata pedas Abang

Krik...Krik...Krik

"Er...er...er. Tapi....tapi..." tergagap Hadek dan Abang memotong percakapan Hadek

"Ya. Kalau jadik Hero memang orang sanjung,puji, baling-baling bunga kaktus kat Hadek. Tapi Hadek disanjung sebab dek dah selamatkan orang-orang di situ daripada bahaya. Apabila bahaya tuu dah hilang selama-lamanya disebabkan dek, agak-agak orang nak sanjung Hadek lagi tak setelah sekian lama bahaya tuu hilang? Mungkin orang dah lupa peristiwa tu dan yang lebih teruk lagi Hadek pon akan dilupakan juga ! Mungkin."

Hadek terdiam dan mendengar dengan teliti sambil mengorek gigi.

"Hero nie sementara sahaja.Tup...tup...tup....hilang laaa Hero ganti dengan yang laen." kata Abang

"Kalau ada sementara mesti ade yang kekal. Apee yang kekal tuu, Abang?" tanya Hadek dengan serius-serius ayam

Si Abang terdiam sebentar sambil menggaru-garu janggut.

"Legend !" sambil mengangkat jari telunjuk ke atas    *takdak kaitan dengan parti Biru

"Naper dengan motosikal ayah?" tanya Hadek

"Bukan moto lerr...Nie pasal Legend. Legend nie spesel sebab segala tindak-tanduk dya dalam hidup nie mempengaruhi orang lain." jelas Abang

"Arghhh....tak paham...nak contoh." rungut Hadek

"Hadek kenal Muhammad Bin Abdullah?" tanya Abang

"Kenal...Kenal...Kenal." jawab Hadek selamba

"Rasulullah s.a.w kan." kata Abang dengan lemah-lembut

"Baginda Legend erk?" tanya Hadek

"Ya. Baginda boley mempengaruhi setiap perbuatan yang dilakukan oleh semua orang di dunia ini termasuk kita. Itulah Sunnah Baginda."

Hadek pejam celik....pejam celik

"Tindakan yang Baginda buat kekal sampai ke hari nie. Itulah Legend ! Rasulullah saw juga Hero tapi pada masa yang same juga Legend." jelas Abang

"Jadik Abang, kita nak kena jadik Legend macam Rasulullah saw jugakk kerr? tanya Hadek dengan penuh harapan

"Hurmm...sepatutnye maam tuu laaa.Tapi mustahil laa kita nak jadik Legend macam Baginda. Ingat dek, sebaik mana pon kita kontrol kemachoan kita memang takkan boley lawan kemachoan Baginda. Apa yang boley kita buat ialah jadik Hero dulu pastu kuatkan semangat untuk berusaha jadik Legend. Kita tak nak kita nie jadik Hero sajee." jelas Abang

"Ouh, dek rasa macam nak jadik Legend lerr. Tapi dek tak paham lagi lerr sebab jadik Legend?"tanya Hadek

"Dek, bila masa dek jadik Legend. Mudah untuk dek mengajak orang ke arah kebaikan samee laa jugak macamana Goku dapat kalahkan Frieza dengan kuasa Super Saiya. Kalau laaa Goku guna rambut hitam jerr, sah-sah kena buli dengan Frieza.

"Bang, tahap Legend kita nak sampai mane?" tanya Hadek

"Sekurang-kurangnya kita jadik lerr Legend kepada hadek-beradek, kawan-kawan sepermainan dan saudara mara terdekat. Tuu pun dah cukup. Tak perlu lerr sampai nak jadik aretisss bagai." jelas Abang

"Ouh...Ouh...eh, katun spongebob dah start laa !" kata Hadek

Si Abang terdiam sambil mata pejam celik...pejam celik.

                                                                     
                                                                        .....TAMAT.....


Yaa betul laaa apa yang si Abang kata. Hidup kena jadi Hero tapi pada waktu yang sama berusaha laa jugak untuk menjadi Legend.
Hampa suma kan nak jadik doktot,engineot,akauntot,sainstot dan macam-macam lagi. Jadik laa Hero dalam bidang hampa suma dan berusaha jadik Legend.
Kita sembang pong...pang...pong...pang nak ajak orang ke arah kebaikan tapi diri sendiri ke laut China Selatan. Terapung-apung.
Kurangkan berbicara ! Tambahkan tindakan !

* Hero atau Legend ? Pilihan di tangan anda, bro !

        

   .Irhamna Ya Allah.